Hidup ini sebuah pilihan.
Hidup ini sebuah harapan.
Kita memilih dan mengharap atas pelbagai keinginan.
Kita juga dipilih dan diharapkan menunaikan pelbagai keinginan.
Dan sengaja hakikat ini diciptakan sedemikian.
Agar terus ada dahi-dahi yang sujud dengan kerendahan hati
Agar terus ada jiwa-jiwa yang menangisi kesilapan diri
Agar terus ada tangan-tangan yang menengadah ke langit
Demikian kehidupan kita di bumi.
Tidak mudah
Dan tidak pasti.
Tetapi hakikatnya indah
Dan penuh seri,
Kepada mereka yang mahu merasai.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam
hasil ciptaan dari >>> sini
(turut diminati oleh sahabat baik aku sndiri Nurhafizah bt Mohd Yusof...:) )





















