Hati Seorang Ayah......
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,
terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan
"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada
keluhan dan rasa sakit?"
Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap
keluarga itu memang akan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah
ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai
jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat
pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat
panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan
kerapkali menyerangnya".
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun
juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-
anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun
sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin
Sumber :>>> Sahabatku / Penulis ke-2 blog " Ini Pilihanku "
Ex-Student
Sek Men Keb Agama Sultan Azlan Shah,Perak
03-07
callsign : medialady
Teman setiaku
Jom kita sama membantu...:)
kenderaan impianku yg kedua
Tentang dirinya..
Sunday, June 20, 2010
Ayahhhhhhh
Posted by muhammad khairul ikhwan (MKI) at 6:51 PM 2 comments
Labels: Jom kongsi ilmu
Thursday, April 15, 2010
1 perkara yang perlu kita ketahui.......
Assalamualaikum semua....berjumpa lagi kita dalam 1 lagi perbincangan dan perkongsian ilmu..:)..kaifahalukum?kulli amin wa antum bikhair...semoga semua sentiasa berada dibawah naungan rahmatnya dan keberkatannya.Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup dimuka bumi ini dan diberikan udara yang segar untuk beribadat dan menikmati segala nikmat yang telah diciptakannya..em,kalini ape yang cuba nak disampaikan saya ialah mengenai perkara yang sering kita lakukan dalam seharian.Mungkin juga kita tidak ketahui.Pada yang sudah mengetahuinya,jom kite same2 buat revision balik dan saling menginati antara satu sama lain...:)..bukan apa,sama-sama saling memperingati antara satu sama lain kan tanggungjawab kita bersama...apa yang cuba nak disampaikan ni??ha,ni die....
sewaktu nabi kita,Muhammad S.A.W sedang berdialog dengan jin..antara soalan yang penah ditanya oleh baginda ialah.."Wahai jin,apakah rahsia yang perlu aku ketahui yang mungkin umat aku tidak ketahui selama ini?"...Begitulah antaranya soalan yang ditanya...Pada sesiapa yang hendak mengetahui lebih lagi tentang ini,bolehlah mencari buku yag bertajuk "Rasulullah S.A.W berdialog dengan Jin"..Dalam buku ini menceritakan lebih lagi tentang asal usul Jin dan 40 soalan yang ditanya oleh Nabi kita kepada Jin..Bersambung kembali.Jadi.apa yang ditanya oleh nabi kita itu telah dijawab oleh jin..Jawapannya ialah,"sewaktu manusia sedang membuang air besar,sesiapa yang tidak menutup kepalanya,akan aku ambil najisnya itu,dan aku sapukannya dikepala dan anggota badan manusia itu." Jadi,apa yang dapat kita ketahui disini ialah,sewaktu hendak membuang air besar,kita perlu menutup kepala..mungkin kalau kita cuba kenang-kenang kembali,pernah tak tok wan,opah,ibu bapa kita,guru-guru mahupun sesiapa sahaja pernah berpesan bahawa,sebelum masuk ke tandas,tambahan pula hendak membuang air besar,kita kena tutup kepala?....
Jadi,inilah sebabnya...ia bukanlah satu budaya,mahupun adat yang diamalkan oleh orang melayu...tetapi,ia adalah sebuah rahsia yang telah diungkapkan oleh rasul kita untuk kegunaan dan bantuan kepada umatnya...Maka,lepas ini,pada sesiapa yang agak-agak masuk ke tandas tu,tutup la kepala ye bila hendak membuang air besar.Ada hikmah disebaliknya.Mungkin secara kasarnya kita tidak ketahui.Tapi,pada hakikatnya,diri kita telah pun diselubungi dengan najis-najis yang amat kotor.
Kesimpulannya,ini adalah sekadar ilmu yang hendak dikongsi bersama.Hanyalah ringkas.Mudah-mudahan ia dapat disampaikan dengan penuh berhikmah...insyaAllah..:).Bersama-samalah kita memikirkannya dan mengamalkannya..:)..mungkin ada yg lebih mengetahui tentang ini,boleh lah bersama-sama memberikan ilmu tambahan agar dapat dikongsikan oleh kita semua..insyaAllah..akal yang dikurniakan ini adalah satu anugerah yang amat berguna untuk manusia agar berfikir dan melaksanakan sesuatu perkara dengan baik...Berjumpa lagi...:)
Posted by muhammad khairul ikhwan (MKI) at 10:20 AM 0 comments
Labels: Jom kongsi ilmu
Monday, April 12, 2010
Yes...haram tetap haram..
post kalini akan membincangkan serba sedikit mengenai isu yang hangat diperkatakan oleh golongan-golongan remaja,malahan diusia kanak-kanak pun telah menularnya wabak ini..apa yang dikatakan dengan "HARAM TETAP HARAM"?..mesti ada yang tertanya-tanya..isu ini ialah mengenai isu "COUPLE"..bila disebut mengenai couple,sudah pasti kita semua tahu..tidak kira golongan lelaki mahupun perempuan..Bila ditanya adakah anda sedang bercouple?sudah pasti jawapan majoritinynya mengatakan Ya.malah,perkara ini seolah-olah menjadi trend pada masa kini yang tidak lagi dapat dinafikan..Mungkin,jika seseorang tidak ber"couple",menjadi suatu perkara yang janggal bagi diri seseorang itu..Tidak dinafikan bahawa tidak semua yang sedang bercouple,tetapi ini hanyalah sebagai 1 peringatan dan tauladan kepada yang sedang hangat bercouple pada masa kini..Baiklah...kenapa dan mengapa isu ni selalu dibincangkan dan ia dikatakan sebagai "HARAM"?,bukan setakat memakan bangkai,seperti yang telah dinyatakan didalam Al-Quran dan pelbagai lagi..Bila ditanyakan mengapa kamu bercouple?Jawapannya :-
1) Ala,biasa la tu..dah semua org couple,rasa teringin jugak nk couple2 ni.
2) Eh,kenapa haram plak?kami bukannya pegang-pegang tangan pun..kami couple cara ISLAMIK..
3) Kami couple ni sebab nk buat persediaan,mana tau nanti time da nak kawin ke,bley tau ape nk buat untuk menggembirakan hati pasangan kita.
4) Kami couple ni sebab tengok macam best je bile ada pasangan..boley keluar sama-sama.jalan sama-sama.Boleh bagi tau kat membe lain yang kami ni ada awek @ pakwe yang cun dan hensem dari org lain..
5) Kalau couple sekarang,nanti baru kita tau cm ne dia punya hati,perangai,latar belakang
6) dsb...........
cukup banyak alasan yang diberikan.asalkan dapat bercouple.Saya amat tertarik dengan 1 ungkapan yang telah dikeluarkan oleh pasangan couple ini..."Kami bercouple ni cara Islamik"..
Saya ingin mengajak anda semua untuk berfikir sejenak,ada ke istilah couple Islamik ni?sejak bila pulak couple2 ni boley diIslamikkan?1 ungkapan yang tidak berapa masuk akal..Jika kita singkap kembali,mengapa couple ini dikatakan HARAM?ia dikatakan begitu kerana soal ini telah menyebabkan kita ini berzina dengan diri dan anggota badan kita.Berzina??Ye ke??Untuk pengetahuan semua,zina ini bukanlah yang seperti kita ketahui iaitu apabila lelaki ajnabi dan perempuan bersetubuh secara sengaja.Zina ini terbahagi kepada banyak bahagian dan pecahan..Antaranya ialah zina mata,zina telinga,zina hati,zina tangan dan perlbagai lagi..Zina yang cuba untuk saya tekankan disini ialah apabila seseorang itu telah bercouple,mereka akan terjerumus dengan zina hati.Apa itu zina hati?
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sudah ditentukan atas anak Adam - manusia - perihal bagiannya dari zina, ia akan mendapatkannya itu dengan pasti. Adapun kedua mata, maka zinanya ialah melihat, kedua telinga, zinanya ialah mendengarkan, lisan, zinanya iaiah berbicara, tangan, zinanya ialah mengambil, kaki, zinanya ialah melangkah, hati bernafsu dan menginginkan dan yang sedemikian itu akan dibenarkan oleh kemaluan atau didustakannya." (Muttafaq 'alaih) [Riwayat Imam Muslim]
Dengan erti kata mudah, zina hati akan berlaku apabila ia dikuasai nafsu dan kita mula menginginkan ianya, seakan-akan nafsu syahwat yang bergelojak, lalu ia menguasai pula minda dan kiranya minda (aqal) ini kalah ia menggerakkan pula anggota untuk berbuat maksiat....jadi,kalau macam tu,kita sering berzina dengan hati kita?sudah pasti manusia tidak dapat lari dari membuat kesilapan..tetapi,sekurang-kurangnya kita cuba untuk mengelak dari terjerumus kearah itu.Jadi,salah satu langkah nya adalah dengan tidak bercouple ni..kita juga sering mendengar ayat Al-Quran yang berbunyi "dan jauhilah kamu dari berzina"(ilal akhir ayat)...sudah tentu ayat ini menyuruh kita untuk menjauhinya..secara tidak langsungnya,kita perlulah berusaha untuk tidak mendekati dengan perkara-perkara yang menjerumus kearah itu.Kalau kita lihat kembali,cara golongan muda yang kini bercouple,mula-mula kenal,bila da kenal,mula untuk mencuba perkara "up" sket,pegang-pegang,dan seterusnya,MUNGKIN akan lahirlah insan yang tidak berdosa yang memerlukan pedoman untuk hidup.
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." [Al-Isra: 32]
banyak kesan-kesan negatif kalau kita memikirkannya kembali..dari satu perkara,terus berkembang menjadi kesan-kesan yang negatif jika kita tidak mengaplikasikan apa sebenarnya "COUPLE" itu sendiri..kesan-kesan nya..:-
1) Akan meruntuhkan maruah si perempuan
2)Akan membuatkan diri kita lalai pada Maha Pencipta
3)Akan melahirkan insan yang tidak sepatutnya dilahirkan sebegitu rupa dan cara ( lahirnya anak luar nikah)
4)Akan menjerumuskan diri kita pada lembah maksiat
5)Membuatkan kita berfikir negatif pada seseorang (cth: jika berlaku masalah dalam bercouple seperti seseorang itu menipu pasangannya dan mempunyai pasangan lain)
Ini semua adalah unsur-unsur musuh kita yahudi laknatullah yang cuba untuk merosakkan pemikiran remaja-remaja Islam pada masa kini agar kita lemah terhadap penghayatan dan pemahaman agama Islam kita ini.Melalui cara inilah kita mudah lemah dan dengan inilah mereka semakin meningkat maju untuk terus berkembang pesat menyebarkan fahaman mereka.Jadi,sama-samalah kita berfikir sejenak untuk memperbaiki diri kita sendiri dan selalulah kita memperingati antara satu sama lain.Saya berpesan pada diri saya dan semua pembaca agar bersama-samalah kita mencegah dari membuat perkara yang akan membuatkan kita dekat dengan zina.InsyaAllah,dengan cara ini kita dapat memelihara kesucian seseorang dan tidak akan melahirkan bayi yang dikenali sebagai "anak luar nikah"..Inginkan cinta yang diredhaiNya ataupun dimurkaiNya?

"Tidak susah nak dapatkan yang baik,yang penting kita mesti jadi baik dahulu,
Tidak susah untuk dapatkan pasangan yang solehah,yang penting kita mesti jadi soleh dahulu"
Nak yang baik? ==>> Jadi baik dahulu
Nak yang soleh? ==>> Jadi solehah dahulu
Nak yang solehah? ==>> Jadi soleh dahulu
++ ==>> InsyaAllah,pasangan yang setaraf dan paling sesuai akan hadir dalam hidup kita.Yakinlah pada janji Allah yang telah dinyatakan dalam Al-Quran yang telah menyatakan bahawa setiap laki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik dan setiap perempuan-perempuan yang baik,adalah untuk laki-laki yang baik..


Posted by muhammad khairul ikhwan (MKI) at 12:45 PM 2 comments
Labels: Jom kongsi ilmu
Wednesday, March 10, 2010
Perempuan oh Perempuan.....
Assalamualaikum semua...:)..kalini aku rse nk menulis tntg kaum hawa plak..seperti mana yang kita semua tau,sesungguhnya wanita itu adalah hiasan dunia.Seindah hiasan adalah wanita yang solehah.Kita sekarang sudahpun berada di zaman yang hampir berada dipenghujungnya.Wanita juga mungkin akan dijadikan sebagai fitnah bagi kaum lelaki.Wanita juga akan jadi peneman kaum lelaki diwaktu ataupun disaat ia diperlukan sewaktu perjuangan kaum adam.Seringkali apa yang kita lihat pada waktu sekarang ni,kaum adam selalu disalahkan..kerana atas apa yang terjadi pada kaum hawa.antaranya yang disebut oleh kaum hawa ini ialah :-
a)Lelaki ni sumenye same je..x bley percaya
b)Lelaki ni ayat je manis..padahal nak ambik kesempatan
c)Lelaki ni dayus
d)Aku x mau kawin sbb laki sume penipu
d)dsb..........
ok...aku bkn la nk slhkan sape2..x pun..k...tp,cuba kita lihat balik..kita selalu tngk dalam surat khabar,intenet tentang perkara-perkara yang selalu melibatkan hal-hal sosial dan pergaulan bebas ni..hasilnya,lahirlah anak luar nikah,pmpuan jadi bohsia,dan mcm2 lagi..cuba kita singkap kembali.."kaum hawa adalah kaum yang paling mudah untuk memasuki syurga..tetapi,kaum hawa jugaklah yang paling ramai penghuninya dalam neraka."
em,point yang cuba nk disampaikan disini ialah,bagaimana kaum wanita ni menjaga mahkotanya.,bagaimana kaum wanita ni menjaga auratnya,kenapa pula ada yang pakai tudung,tapi dlm masa yang sama tunjuk rmbut die kt org lain..cuba kita tngk kat facebook tu..TERLALU ramai sangat perempuan-perempuan yang bile tngk gmba profile ok je...pakai tudung cantik je...nmpak kejelitaan sebagai muslimah..tapi,bile tngk gmba-gamba yang letak kt profile lain,ade plak gmba free hair..ape motif dorg sebenanye pakai tudung?apa plak motif dorg bukak tudung?nk suruh kaum lelaki ni puji yang dorg cantik?cm tu?salah tu...kaum lelaki x mahu pun sume tu...ape yang kami inginkan sebagai lelaki adalah untuk mencari seorang wanita yang solehah.yang menjaga adab2 nya dalam pergaulan..yang menjaga auratnya..jgn bila sudah tersilap langkah nanti,baru nak menyesal..ingtlah wahai kaum hawa,kamu adalah seorang insan yang diciptakan cukup istimewa ..kamu diberi kelebihan untuk menemani perjuangan kaum adam dikala dia memerlukan pertolongan dan bantuan bagi menaikkan semangat kami..bukan mendorong kami kearah kejatuhan..
jadi,mungkin mane2 yg duk tayang rambut dlm facebook ke atau mne laman web sosial yang tengah top skrg ni,hope dapat hilangkan ye dari facebook tu..mungkin bkn slh perempuan jgk sebenanye..jika didikan agama dari asas tu difahami betul2,insyaAllah sume ni x kan jadi..mungkin jugak dari pengaruh media massa yang kini kebanyakannya dikuasai oleh pihak yahudi laknatullah yang cuba untuk merosakkan akhlak umat Islam.Artis2 yang kononnye glamor dan memakai tudung hanya sekadar mengikut "trend" atau pun sebagainya dijadikan sebagai ikutan dan pelbagai lagi..tp,sume ni boley diubah jika itu yang setiap org inginkan untuk jadi lebih baik..sume org pasti boley berubah.."Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali dia sendiri yang mengubahnya"k..rugi tau..bkn sng nk jaga aurat tu.tngk2 tnjuk kat org yg x berhak tengok..sape dorg yg layak untuk tengok rambut kome tu..k..jagalah ia dengan sebaiknya..perbaiki lah tentang cara2 pemakaian tudung yang betul..kerana 1 ari nanti,akan tiba masanya,ada org yg betul2 berhak untuk memuji segala kelebihan yang korg ada dan melihat aurat mu itu...kerana,merekalah "MAHRAM" mu..maafkan andai ada terkasar bahasa dan mungkin akan mengakibatkan mana2 pihak terasa hati..setiap orang pasti ada kelemahan masing-masing.Tapi,jgn jadikan alasan itu untuk kita jatuh..tapi gunakan segala kelebihan yang telah diberikan oleh Allah untuk lebih maju kehadapan seiring dengan kehendak Al-quran dan As-Sunnah...InsyaAllah
Posted by muhammad khairul ikhwan (MKI) at 11:40 PM 9 comments
Labels: Jom kongsi ilmu
Thursday, January 28, 2010
sape suke bace komik??
(klik kat gamba utk nmpak jelas)

ape kesimpulan nye kat sini?bg aku la kan..bnda klu da x bley buat tu,jgn le kome buat..pasti ade hikmah die..nk tau nape?sbb nye pun kite boley tau..lg pun,bila ada 2 orang,pasti ade yang ketiga yang akan cuba menghasut kita untuk terjerumus ke arah kemaksiatan...sape die? SYAITAN....jgn kata pegang tangan,suap2 pun x bley tau..nk buat boley,tp bile?ha,biarla bile da HALAL..ok?:)..skrg ni,selagi blum smpai waktunya,jgn la buat..nti rugi..mnyesal x sudah...ingt kata-kata hikmah ni :-
kita nk cri seseorang tu bia kerana agama dulu..baru la sume cantik..:)kat atas ni adalah kata-kata hikmah dari sahabat nabi...cube la cari sape..baru rase nk tau tu lebih sket kan..k..ingt kata-kata hikmah tu..nak cari yang membimbing ke nak cari yang macam kambing? :) tu semua pilihan kome..bile da pilih yang terbaik,boley la cakap "ini pilihanku" :).... renung-renungkan dan selamat beramal...
Posted by muhammad khairul ikhwan (MKI) at 7:41 PM 1 comments
Labels: Jom kongsi ilmu
Wednesday, January 13, 2010
Jom kongsi ilmu jap....
Ini adalah rakaman video yang telah dibuat oleh Datuk Dr Harun Din untuk mengupas isu kalimah "Allah"..jom kita sama2 mendengar pendapat beliau..mudah mudahan akan memberi kita input yang berguna dalam keadaan masa kini dan akan datang..InsyaAllah..
Posted by muhammad khairul ikhwan (MKI) at 10:00 PM 1 comments
Labels: Jom kongsi ilmu
Thursday, December 10, 2009
Sedarlah sume..
Sai Baba :>>
Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedut perhatian
adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa
Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan.
Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini
dibahagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).
Abi Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan
datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang
Allah dan Rasul-Nya. "
Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan
membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan
berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as). wallahu al '
am..
Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan
mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi
belahan bumi dalam sekejap sahaja, menciptakan patung emas, merubah besi
menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh
Sai Baba kepada ribuan orang bahkan jutaan yang datang dari
berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki
puluhan juta pengikut..
Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar
dirinya tidak menjadi korban
berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.
"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan
berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)
"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak
ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku
adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian
sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)
Antara DAJJAL dan SAI BABA
1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo,
berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur
pendek dan berambut kribo.
2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan
di waktu muda kemudian sembuh kembali.
3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba
memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara
melalui tangannya.
4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain
dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan
yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan
menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.
5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman
nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.
Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari
berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.
6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik,
sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai
Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian,
cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.
7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya
sebagai nabi kepada pengikut2nya.
8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan
menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.
9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengatakan bahwa dirinya
adalah Tuhan penguasa alam semesta.
10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah.. Dalam banyak majlis
darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Quran dan
keharusan untuk memahaminya.
11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.
Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan
penyakit kanser..
12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan
menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di
bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).
13) Dajjal boleh mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari
bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.
Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan
berbagai bentuk medalai berlafaz ALLAH dalam sekejap sahaja.
14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai
Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.
15) Dajjal boleh berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk
lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya
yang merupakan bentuk reinkarnasi dirinya.
16) Dajjal boleh membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan
berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.
17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia
biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga boleh
berjalan ke pasar, rumah sakit, projek irigasi dan tempat lain yang
biasa dikunjungi manusia.
18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuhan dan
air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.
19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan
tidak berkeluarga (tidak menikah).
20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan
teologi zionis.
21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengatakan bahwa ia
datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan
kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan
wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu,
marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.
"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud
akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.
Hendaknya ia berkata : ' Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari
siksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (cubaan) hidup dan mati serta
dari keburukan fitnah Dajjal."
wallahualam..............
*insaf la wahai sahabat2ku sekalian hidup didunia hanya sementara.
Sedarkan ketika kita masih berkesempatan utk bertaubat..yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yg buruk itu adalah kesilapan saya manusia biasa………….**
Posted by muhammad khairul ikhwan (MKI) at 9:31 PM 2 comments
Labels: Jom kongsi ilmu
Thursday, December 3, 2009
RENUNGAN: MAKNA BACAAN DALAM SEMBAHYANG
DOA IFTITAH
AL-FATIHAH
BACAAN KETIKA RUKUK
Posted by muhammad khairul ikhwan (MKI) at 9:32 PM 0 comments
Labels: Jom kongsi ilmu
































