CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Tolong sign ye ble da melawat...:)

Teman setiaku

Jom kita sama membantu...:)

Jom kita sama membantu...:)
SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI : Ust Syed Sharim - 019-5121274 AKAUN PERSATUAN KEBAJIKAN AL-FURQAN BANK MUAMALAT - 0803-0002083-71-7 (atas nama Persatuan Kebajikan Al-Furqan)

kenderaan impianku yg kedua

kenderaan impianku yg kedua

Tentang dirinya..

Tentang dirinya..

Monday, April 12, 2010

Yes...haram tetap haram..




Assalamualaikum semua...:)...bertemu kita lagi dalam entry kalini..kaifahalukum?pekabo?semoga semua sentiasa berada dibawah naungan rahmatnya dan keberkatannya.Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup dimuka bumi ini untuk beribadat dan menikmati segala nikmat yang telah diciptakannya.Antara nikmat terbesar yang telah dikurniakanNya pada kita ialah nikmat IMAN dan nikmat ISLAM..:)..Mudah-mudahan nikmat-nikmat ini tidak lah hanya sementara untuk kita,tetapi kekal selamanya sehingga ke akhir hayat disaat roh berada dihujung nyawa kita..Semoga kita diberi peluang dan kesempatan untuk mengakhiri hidup ini dalam keadaan husnul khatimah dan bukan sebaliknya iaitu suul khatimah..

post kalini akan membincangkan serba sedikit mengenai isu yang hangat diperkatakan oleh golongan-golongan remaja,malahan diusia kanak-kanak pun telah menularnya wabak ini..apa yang dikatakan dengan "HARAM TETAP HARAM"?..mesti ada yang tertanya-tanya..isu ini ialah mengenai isu "COUPLE"..bila disebut mengenai couple,sudah pasti kita semua tahu..tidak kira golongan lelaki mahupun perempuan..Bila ditanya adakah anda sedang bercouple?sudah pasti jawapan majoritinynya mengatakan Ya.malah,perkara ini seolah-olah menjadi trend pada masa kini yang tidak lagi dapat dinafikan..Mungkin,jika seseorang tidak ber"couple",menjadi suatu perkara yang janggal bagi diri seseorang itu..Tidak dinafikan bahawa tidak semua yang sedang bercouple,tetapi ini hanyalah sebagai 1 peringatan dan tauladan kepada yang sedang hangat bercouple pada masa kini..Baiklah...kenapa dan mengapa isu ni selalu dibincangkan dan ia dikatakan sebagai "HARAM"?,bukan setakat memakan bangkai,seperti yang telah dinyatakan didalam Al-Quran dan pelbagai lagi..Bila ditanyakan mengapa kamu bercouple?Jawapannya :-

1) Ala,biasa la tu..dah semua org couple,rasa teringin jugak nk couple2 ni.
2) Eh,kenapa haram plak?kami bukannya pegang-pegang tangan pun..kami couple cara ISLAMIK..
3) Kami couple ni sebab nk buat persediaan,mana tau nanti time da nak kawin ke,bley tau ape nk buat untuk menggembirakan hati pasangan kita.
4) Kami couple ni sebab tengok macam best je bile ada pasangan..boley keluar sama-sama.jalan sama-sama.Boleh bagi tau kat membe lain yang kami ni ada awek @ pakwe yang cun dan hensem dari org lain..
5) Kalau couple sekarang,nanti baru kita tau cm ne dia punya hati,perangai,latar belakang
6) dsb...........





cukup banyak alasan yang diberikan.asalkan dapat bercouple.Saya amat tertarik dengan 1 ungkapan yang telah dikeluarkan oleh pasangan couple ini..."Kami bercouple ni cara Islamik"..
Saya ingin mengajak anda semua untuk berfikir sejenak,ada ke istilah couple Islamik ni?sejak bila pulak couple2 ni boley diIslamikkan?1 ungkapan yang tidak berapa masuk akal..Jika kita singkap kembali,mengapa couple ini dikatakan HARAM?ia dikatakan begitu kerana soal ini telah menyebabkan kita ini berzina dengan diri dan anggota badan kita.Berzina??Ye ke??Untuk pengetahuan semua,zina ini bukanlah yang seperti kita ketahui iaitu apabila lelaki ajnabi dan perempuan bersetubuh secara sengaja.Zina ini terbahagi kepada banyak bahagian dan pecahan..Antaranya ialah zina mata,zina telinga,zina hati,zina tangan dan perlbagai lagi..Zina yang cuba untuk saya tekankan disini ialah apabila seseorang itu telah bercouple,mereka akan terjerumus dengan zina hati.Apa itu zina hati?

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sudah ditentukan atas anak Adam - manusia - perihal bagiannya dari zina, ia akan mendapatkannya itu dengan pasti. Adapun kedua mata, maka zinanya ialah melihat, kedua telinga, zinanya ialah mendengarkan, lisan, zinanya iaiah berbicara, tangan, zinanya ialah mengambil, kaki, zinanya ialah melangkah, hati bernafsu dan menginginkan dan yang sedemikian itu akan dibenarkan oleh kemaluan atau didustakannya." (Muttafaq 'alaih) [Riwayat Imam Muslim]

Dengan erti kata mudah, zina hati akan berlaku apabila ia dikuasai nafsu dan kita mula menginginkan ianya, seakan-akan nafsu syahwat yang bergelojak, lalu ia menguasai pula minda dan kiranya minda (aqal) ini kalah ia menggerakkan pula anggota untuk berbuat maksiat....jadi,kalau macam tu,kita sering berzina dengan hati kita?sudah pasti manusia tidak dapat lari dari membuat kesilapan..tetapi,sekurang-kurangnya kita cuba untuk mengelak dari terjerumus kearah itu.Jadi,salah satu langkah nya adalah dengan tidak bercouple ni..kita juga sering mendengar ayat Al-Quran yang berbunyi "dan jauhilah kamu dari berzina"(ilal akhir ayat)...sudah tentu ayat ini menyuruh kita untuk menjauhinya..secara tidak langsungnya,kita perlulah berusaha untuk tidak mendekati dengan perkara-perkara yang menjerumus kearah itu.Kalau kita lihat kembali,cara golongan muda yang kini bercouple,mula-mula kenal,bila da kenal,mula untuk mencuba perkara "up" sket,pegang-pegang,dan seterusnya,MUNGKIN akan lahirlah insan yang tidak berdosa yang memerlukan pedoman untuk hidup.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." [Al-Isra: 32]




banyak kesan-kesan negatif kalau kita memikirkannya kembali..dari satu perkara,terus berkembang menjadi kesan-kesan yang negatif jika kita tidak mengaplikasikan apa sebenarnya "COUPLE" itu sendiri..kesan-kesan nya..:-

1) Akan meruntuhkan maruah si perempuan
2)Akan membuatkan diri kita lalai pada Maha Pencipta
3)Akan melahirkan insan yang tidak sepatutnya dilahirkan sebegitu rupa dan cara ( lahirnya anak luar nikah)
4)Akan menjerumuskan diri kita pada lembah maksiat
5)Membuatkan kita berfikir negatif pada seseorang (cth: jika berlaku masalah dalam bercouple seperti seseorang itu menipu pasangannya dan mempunyai pasangan lain)




Ini semua adalah unsur-unsur musuh kita yahudi laknatullah yang cuba untuk merosakkan pemikiran remaja-remaja Islam pada masa kini agar kita lemah terhadap penghayatan dan pemahaman agama Islam kita ini.Melalui cara inilah kita mudah lemah dan dengan inilah mereka semakin meningkat maju untuk terus berkembang pesat menyebarkan fahaman mereka.Jadi,sama-samalah kita berfikir sejenak untuk memperbaiki diri kita sendiri dan selalulah kita memperingati antara satu sama lain.Saya berpesan pada diri saya dan semua pembaca agar bersama-samalah kita mencegah dari membuat perkara yang akan membuatkan kita dekat dengan zina.InsyaAllah,dengan cara ini kita dapat memelihara kesucian seseorang dan tidak akan melahirkan bayi yang dikenali sebagai "anak luar nikah"..Inginkan cinta yang diredhaiNya ataupun dimurkaiNya?



Ingat lah 1 formula yang mudah untuk kita amalkan dan ingat ini..formula ini cukup "simple" dan "ringkas".

"Tidak susah nak dapatkan yang baik,yang penting kita mesti jadi baik dahulu,
Tidak susah untuk dapatkan pasangan yang solehah,yang penting kita mesti jadi soleh dahulu"

Nak yang baik? ==>> Jadi baik dahulu
Nak yang soleh? ==>> Jadi solehah dahulu
Nak yang solehah? ==>> Jadi soleh dahulu

++ ==>> InsyaAllah,pasangan yang setaraf dan paling sesuai akan hadir dalam hidup kita.Yakinlah pada janji Allah yang telah dinyatakan dalam Al-Quran yang telah menyatakan bahawa setiap laki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik dan setiap perempuan-perempuan yang baik,adalah untuk laki-laki yang baik..

Kepada kaum adam yang digelar sebagai pemimpim,pimpinlah dirimu sebaiknya agar orang yang bakal kamu pimpin nanti tidak mudah terpedaya dengan godaan syaitan yang akan menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan..kita kena ingat,kitalah yang akan memimpin dalam semua bidang (golongan adam)..Bimbinglah dirimu sebelum tiba masanya untuk kita memimpin sesebuah perkara nanti.Ingatlah,perempuan akan menjadi penghias dunia dan akan menjadi peneman dalam perjuangan kita untuk ke syurga,tetapi kadang-kala mereka jugalah yang akan menjadi fitnah terbesar kepada kita.Kepada kaum hawa,jagalah dirimu sebaiknya.Lindungilah dirimu dengan penuh bermakna agar CINTA yang dipertahankan itu hanyalah untukNya yang satu.Dari situ,sudah pasti kamu akan memperolehi CINTA seperti pejuang-pejuang mujahidin yang apabila kaum hawa ditindas,sudah pasti merekalah yang akan mempertahankan hak-hak kamu sebagai seorang wanita.Janganlah mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji-janji manis.Kelak kamu akan kecewa akhirnya.Tetapi,percayalah dengan kata-kata dan janji-janji Allah.Kerana DIA tidak pernah leka,lalai dan mungkir dengan janjiNya walaupun sesaat.Kepada semua,cintailah diriNya..Nescaya kamu akan memperoleh cinta yang hakiki dan abadi yang sentiasa berada dibawah naungan rahmat dan keredhaannya..InsyaAllah..berjumpa lagi...:)











2 comments:

izzati said...

Alhamdulillah....Aku harapn ko & aku akan jumpa cinta yg indah 2....Bila & dimana,biarlah Dia yg tentu kn.......AMIN......NOORIZZA

muhammad khairul ikhwan (MKI) said...

MKI>>>izzati

insyaAllah...sume ni da dijanjikan oleh Dia..jadi,jgn kita lupa segala suruhan Dia..mudah-mudahan kita memperolehi keredhaan dariNYa..amin