Assalamualaikum semua....berjumpa lagi kita dalam 1 lagi perbincangan dan perkongsian ilmu..:)..kaifahalukum?kulli amin wa antum bikhair...semoga semua sentiasa berada dibawah naungan rahmatnya dan keberkatannya.Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup dimuka bumi ini dan diberikan udara yang segar untuk beribadat dan menikmati segala nikmat yang telah diciptakannya..em,kalini ape yang cuba nak disampaikan saya ialah mengenai perkara yang sering kita lakukan dalam seharian.Mungkin juga kita tidak ketahui.Pada yang sudah mengetahuinya,jom kite same2 buat revision balik dan saling menginati antara satu sama lain...:)..bukan apa,sama-sama saling memperingati antara satu sama lain kan tanggungjawab kita bersama...apa yang cuba nak disampaikan ni??ha,ni die....
sewaktu nabi kita,Muhammad S.A.W sedang berdialog dengan jin..antara soalan yang penah ditanya oleh baginda ialah.."Wahai jin,apakah rahsia yang perlu aku ketahui yang mungkin umat aku tidak ketahui selama ini?"...Begitulah antaranya soalan yang ditanya...Pada sesiapa yang hendak mengetahui lebih lagi tentang ini,bolehlah mencari buku yag bertajuk "Rasulullah S.A.W berdialog dengan Jin"..Dalam buku ini menceritakan lebih lagi tentang asal usul Jin dan 40 soalan yang ditanya oleh Nabi kita kepada Jin..Bersambung kembali.Jadi.apa yang ditanya oleh nabi kita itu telah dijawab oleh jin..Jawapannya ialah,"sewaktu manusia sedang membuang air besar,sesiapa yang tidak menutup kepalanya,akan aku ambil najisnya itu,dan aku sapukannya dikepala dan anggota badan manusia itu." Jadi,apa yang dapat kita ketahui disini ialah,sewaktu hendak membuang air besar,kita perlu menutup kepala..mungkin kalau kita cuba kenang-kenang kembali,pernah tak tok wan,opah,ibu bapa kita,guru-guru mahupun sesiapa sahaja pernah berpesan bahawa,sebelum masuk ke tandas,tambahan pula hendak membuang air besar,kita kena tutup kepala?....
Jadi,inilah sebabnya...ia bukanlah satu budaya,mahupun adat yang diamalkan oleh orang melayu...tetapi,ia adalah sebuah rahsia yang telah diungkapkan oleh rasul kita untuk kegunaan dan bantuan kepada umatnya...Maka,lepas ini,pada sesiapa yang agak-agak masuk ke tandas tu,tutup la kepala ye bila hendak membuang air besar.Ada hikmah disebaliknya.Mungkin secara kasarnya kita tidak ketahui.Tapi,pada hakikatnya,diri kita telah pun diselubungi dengan najis-najis yang amat kotor.
Kesimpulannya,ini adalah sekadar ilmu yang hendak dikongsi bersama.Hanyalah ringkas.Mudah-mudahan ia dapat disampaikan dengan penuh berhikmah...insyaAllah..:).Bersama-samalah kita memikirkannya dan mengamalkannya..:)..mungkin ada yg lebih mengetahui tentang ini,boleh lah bersama-sama memberikan ilmu tambahan agar dapat dikongsikan oleh kita semua..insyaAllah..akal yang dikurniakan ini adalah satu anugerah yang amat berguna untuk manusia agar berfikir dan melaksanakan sesuatu perkara dengan baik...Berjumpa lagi...:)
Teman setiaku
Jom kita sama membantu...:)
kenderaan impianku yg kedua

Tentang dirinya..

Thursday, April 15, 2010
1 perkara yang perlu kita ketahui.......
Posted by muhammad khairul ikhwan (MKI) at 10:20 AM
Labels: Jom kongsi ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment