CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS


Tolong sign ye ble da melawat...:)

Teman setiaku

Jom kita sama membantu...:)

Jom kita sama membantu...:)
SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI : Ust Syed Sharim - 019-5121274 AKAUN PERSATUAN KEBAJIKAN AL-FURQAN BANK MUAMALAT - 0803-0002083-71-7 (atas nama Persatuan Kebajikan Al-Furqan)

kenderaan impianku yg kedua

kenderaan impianku yg kedua

Tentang dirinya..

Tentang dirinya..

Monday, August 2, 2010

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai...

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

SEKIAN,
wallahualam.

MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa…


Sumber :>>> Sahabatku / Penulis ke-2 blog " Ini Pilihanku "
Ex-Student
Sek Men Keb Agama Sultan Azlan Shah,Perak
03-07
callsign : medialady






0 comments: